PELUANG
DAN DISKRIMINASI KERJAYA BAGI GOLONGAN KURANG UPAYA
(OPPORTUNITY
AND DISCRIMINATION OF JOB CAREER FOR DISABLE PEOPLE)
NURI
HAFIZHA LINA BINTI ROSLE
Abstrak
: Tujuan
kajian ini adalah untuk mengenalpasti peluang-peluang pekerjaan yang disediakan
oleh sektor kerajaan dan swasta untuk golongan kurang upaya (OKU) di Malaysia.
Pelbagai persoalan yang boleh dikemukakan apabila isu peluang pekerjaan dalam
kalangan orang kurang upaya diketengahkan. Sehingga hari ini masih terdapat
ramai golongan kurang upaya yang tidak bekerja dan dinafikan hak untuk
mendapatkan kerjaya tetap seperti golongan normal. Tambahan pula, hanya sedikit
sahaja sektor-sektor di Malaysia yang menawarkan peluang kerjaya untuk golongan
kurang upaya berbanding di negara-negara luar seperti Amerika Syarikat. Hal ini
menjadi isu yang serius kerana tiada jaminan masa depan bagi golongan kurang
upaya. Ketiadaan jaminan peluang pekerjaan terhadap golongan kurang upaya
merencatkan kebolehan mereka untuk bergerak bebas dan menjana pendapatan
bulanan seperti orang normal. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk
mengenal pasti diskriminasi yang berlaku dalam kalangan OKU dalam sektor
pekerjaan. Keadaan menjadi lebih parah bagi golongan OKU apabila bukan sahaja
peluang kerjaya yang disediakan untuk mereka adalah rendah, malah berlaku juga
diskriminasi dalam kalangan majikan dan rakan sekerja akibat ketidakupayaan
yang mereka alami. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan dan swasta perlulah
memainkan peranan penting untuk membela nasib golongan kurang upaya agar mereka
tidak tersisih untuk mendapatkan kerjaya tetap dalam kalangan masyarakat.
Kata
kunci : peluang-peluang pekerjaan ; golongan kurang upaya (OKU) ; sektor
kerajaan ; sektor swasta.
Abstract : The purpose of
this research is to identify the employment opportunities provided by the
government and the private sector for people with disabilities (PWD) in
Malaysia. Related to the topic about the issue of employment among PWD, there
are a lot of questions that can be highlighted. Today there are still many PWD
are denied the right to work by some sectors and still can’t get permanent
guaranteed job like normal people does. Furthermore, there are only a few
sectors in Malaysia that offers job opportunities for PWD compared to other
country like United States which offer a lot of job opportunities for disable
people. This is serious issue because there is no guarantee of future for the
disabled. This no guarantee employment opportunities for PWD inhibit their
ability to move freely and generate a monthly income like a normal person.
Other than that, the purpose of this research also to identified the
discrimination that happened among PWD in job sector. The situation are
becoming worst for people with disabilities when not only the career
opportunities available for them is low, but they also faced the discrimination
among employers and co-workers because of their disabilities. In a nut shell,
the government and the private sector should play an important role for the
welfare of the disabled so that they do not remain isolated for a career in
society.
Pengenalan
Menurut World Health
Organisation (WHO) orang kurang upaya ialah kanak-kanak atau orang dewasa yang
cacat pada sesuatu masa dan terhalang oleh keadaan fizikal atau mental dari
melakukan aktiviti-aktiviti normal rakan sebaya seperti sosial, rekreasi,
pelajaran dan vokasional. Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula orang
kurang upaya boleh didefinisikan sebagai seseorang yang tidak berupaya
menentukan sendiri bagi memperolehi sepenuhnya atau sebahagian daripada
keperluan biasa seseorang individu atau tidak dapat hidup bermasyarakat
sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan sama ada dari segi fizikal atau mental
dan sama ada kecacatan tersebut berlaku semenjak lahir atau selepas lahir.
Menurut Akta Orang Kurang Upaya 2008 mentakrifkan orang kurang upaya (OKU)
sebagai mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental,
intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan boleh
menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam kalangan masyarakat.
Kemudian, menurut Training for Vocational Rehabilitation Services (TRAVORS)
(2009), orang kelainan upaya (OKU) merupakan seseorang yang kehilangan atau
luar biasa dalam bentuk tubuh badan, yang mana berinteraksi dengan pelbagai
sikap dan halangan persekitaran yang boleh menghalang OKU ini untuk melibatkan
diri dalam persatuan sama seperti golongan normal yang lain.
Menurut World Health
Organisation (WHO) kategori orang kurang upaya boleh dibahagikan kepada tiga
iaitu kecacatan fizikal, kecacatan mental dan kecacatan sensori. Secara umumnya
pula orang kurang upaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu kekurangan upata
secara kekal dan kekurangan upaya secara sementara. Kekurangan upaya secara kekal
ialah individu yang cacat pendengaran, cacat penglihatan, cacat anggota dan
warga tua. Manakala kekurangan upaya secara sementara ialah wanita mengandung,
cedera dan sakit.
Menutut United Nations
Economic dan Social Commission for Asia and The Pacific (UN ESCAPE), 2003;
Department od Social Welfare, 2006 terdapat 650 juta orang kurang upaya
diseluruh dunia dan 400 juta darinya adalah penduduk asia dan pasifik. Mereka
juga dipercayai merupakan antara penduduk termiskin di dunia. Kebanyakan mereka
tinggal di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan dari segi perubatan dan
perkhidmatan lain yang penting. Di setiap negara, sekurang-kurangnya seorang
daripada 10 orang penduduk merupakan orang kurang upaya dari segi mental,
fizikal atau sensori dan sekurang-kurangnya 25% daripada sesebuah populasi akan
mengalami kecacatan.
Di Malaysia pula, jumlah
sebenar penduduk yang mengalami ketidakupayaan tidak dapat diukur dengan jelas
kerana ada sesetengah individu kurang upaya yang tidak didaftarkan sebagai
golongan kurang upaya di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Namun begitu,
menurut satu kaji selidik oleh Social Welfare Department ke atas 5% populasi
Malaysia menyatakan bahawa 1% daripada populasi rakyat Malaysia merupakan orang
kurang upaya.
Peluang
kerjaya bagi golongan kurang upaya di negara maju.
Banyak kajian dan peluang
peluang pekerjaan yang dibuka kepada golongan kurang upaya di negara-negara
maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Kada, British, Australia dan Sweden.
Menurut Neufeldt & Albright, 1998 orang-orang kurang upaya yang bekerja di
bawah satu-satu majikan ini adalah berdasarkan tahap latihan yang mereka
perlukan.
Peluang
kerjaya di negara kurang membangun dan membangun.
Malaysia merupakan sebuah
negara yang tergolong dalam kelompok negara membangun. Kebiasaannya negara yang
kurang membangun dan membangun mempunyai pengumpulan data yang tidak sistematik
berkaitan peluang pekerjaan bagi golongan orang kurang upaya. Walaupun terdapat
laporan yang disimpan, namun kesahan dan kebolehpercayaan data-data tersebut
masih boleh dipersoalkan (Neufeldt, 1998). Berikut merupakan contoh statistik
perletakan kerjaya bagi golongan orang kurang upaya di Malaysia.
Jadual 1 : Work placement of disabled people (1990-Jun 2010)
Year
Registration
by DLPM
|
Placement by
Placement by other Total
placement
DLPM agencies
|
1990 -
1991 -
1992 -
1993 638
1994 710
1995 536
1996 330
1997 336
1998 301
1999 271
2000 264
2001 634
2002
825
2003 792
2004 540
2005 1666
2006 1027
2007 740
2008 719
2009 829
Jun 2010 345
Total 11,503
|
114 72 186
85
264
349
165 196 361
312 265 577
303 177 480
368 132 500
236 112 348
236 193 429
126 95 221
130
123
253
178 86 264
258 246 504
-
-
424
-
-
464
- - 325
-
-
482
-
-
574
-
- 272
-
-
368
-
-
538
- - 128
-
-
8047
|
Sumber : Department of Social Welfare,
Malaysia (2010)
****Nota: DLPM =
Department of Labor, peninsular Malaysia; (-) menunjukkan maklumat tidak wujud.
*****
Jadual 1 menunjukkan
perletakan kerjaya bagi golongan kurang upaya di Malaysia dari tahun 1990
hingga Jun 2010 yang menunjukkan golongan kurang upaya mendapat kerja di bawah
sesebuah majikan. Walaubagaimanapun, data dalam statistik ini masih boleh
dipersoalkan.
Menurut The Washington Times (2005) masalah kurang pengambilan bekerja bagi
golongan kurang upaya adalah tinggi di seluruh dunia. Sebagai contoh, terdapat
lebih kurang 80% sehingga 90% golongan OKU di negara-negara membangun yang
layak bekerja masih tidak dapat menjawat apa-apa jawatan. Menurut pengerusi Education and Training Organisation Modern
Montessori International Group daripada Singapura melalui Business Times Singapore (2006) satu
sebab golongan OKU sukar untuk mendapatkan kerja adalah kerana kecenderungan
majikan untuk salah sangka bahawa golongan ini kebarangkalian kurang
melaksanakan kebanyakan daripada tugas.
Isu
penyediaan peluang-peluang pekerjaan oleh sektor kerajaan dan swasta bagi
golongan OKU di Malaysia.
Memiliki kerjaya yang boleh
memberikan pendapatan kepada individu merupakan aspek paling utama dalam
meneruskan kelangsungan hidup. Pekerjaan bukan sahaja penting kepada golongan
normal malahan juga penting bagi golongan kurang upaya. Keinginan untuk
memiliki kerjaya dan mempunyai pendapatan tetap merupakan satu cabaran besar
kepada golongan kurang upaya. Memiliki kerjaya menentukan kualiti hidup
individu tidak kira normal atau kurang upaya. Tanpa pekerjaan, kelangsungan
hidup amat sukar untuk diteruskan lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang
serba gawat pada hari ini.
Terdapat banyak isu yang
boleh dikupas berkaitan kerjaya golongan orang kurang upaya. Walaupun kita kini
berada di abad ke 21, namun penerimaan sektor-sektor awam dan sektor-sektor
swasta terhadap pekerja daripada golongan orang kurang upaya sangat
menyedihkan. Tidak banyak syarikat-syarikat yang menyediakan peluang pekerjaan
bagi golongan kurang upaya. Datuk Ismail Abdul Rahim berkata semua golongan OKU
mampu untuk menjalankan kerja seperti orang lain. Faktor usia, jenis kecacatan
dan tiada pengalaman merupakan sebahagian daripada alasan yang menyebabkan
golongan ini sering kali ditolak mentah-mentah daripada permohonan pekerjaan
(Utusan Malaysia, 2007). Di Malaysia, kajian berkaitan ketidakupayaan adalah
masih terhad oleh itu tiada kesimpulan yang boleh dibuat sama ada nasib
golongan kurang upaya di negara ini untuk mendapatkan pekerjaan sama dengan
golongan kurang upaya di negara luar seperti Amerika Syarikat.
Antara usaha yang perlu
dilakukan bagi membantu meningkatkan taraf hidup golongan OKU di Malaysia
adalah dengan cara memberikan mereka peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan
mahupun sektor swasta. Mengikut Rancangan
Malaysia kesepuluh (2011-2015), diangarkan kira-kira 13.2 juta peluang
pekerjaan baru akan diwujudkan pada tahun 2015. Berdasarkan anggaran ini,
dapatlah dikatakan bahawa terdapat peluang pekerjaan yang sangat besar bagi
rakyat Malaysia.
Walaubagaimanapun, terdapat persoalan yang timbul iaitu adakah peluang-peluang
pekerjaan ini terbuka kepada golongan OKU seperti pelajar-pelajar OKU yang
bakal meninggalkan bangku sekolah?
Pelaksanaan Akta Orang Kurang
Upaya 1977 yang sering menjadikan OKU sebagai pengemis perlu dihapuskan.
Pemberian elaun atau insentif kepada OKU perlu mengikut keperluan dan situasi
semasa. Tambahan pula, kadar elaun dan insentif yang sedia ada perlu dikaji
untuk memberikan keselesaan kepada golongan OKU. Berikut merupakan elaun
pekerja cacat mengikut negeri dari tahun 2001-2014.
Menurut artikel Malaysiakini
yang menemuramah beberapa OKU yang bekerja sendiri terutamanya di rumah urut di
Kuala Lumpur, kebanyakkan golongan OKU mengharapkan Elaun Pekerja Cacat (EPC)
tanpa melihat jumlah pendapatan pada bajet 2016 akan ditingkatkan. Hal ini
demikian kerana, jumlah elaun sebanyakRM350 tidak lagi relevan bagi golongan
OKU pada hari ini akibat peningkatan harga barang dan kos sara hidup. Golongan
OKU juga berharap bantuan am (BA) sebanyak RM200 bagi golongan OKU tidak
bekerja ditingkatkan kepada RM500. Bukan itu sahaja, golongan OKU ini juga
berharap agar pihak kerajaan membuka lagi banyak peluang pekerjaan kepada
mereka. Pada hari ini kita dapat lihat banyak stereotaip bagi kerjaya golongan
OKU. Misalnya, kebanyakkan orang buta akan dilatih sebagai tukang urut dan
operator. Mereka akan bekerja di rumah-rumah urut yang hanya mementingkan kos
pengurusan yang rendah dan mahu keuntungan yang tinggi. Perkara yang
menyedihkan pula berlaku apabila terdapat golongan OKU buta yang langsung tidak
berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan. Akhirnya ramai golongan ini yang
menjadikan aktiviti mengemis dan menjual tisu di ceruk-ceruk bandar sebagai
aktiviti ekonomi utama untuk menjana pendapatan harian. Menurut OKU cacat penglihatan
sejak lahir iaitu Nur Iman Ar Ramadan, mengatakan bahawa pasaran pekerjaan hari
ini hanya menumpukan buat golongan normal menyebabkan OKU terpaksa menjual tisu
dan hanya bekerja di rumah urut. Peluang pekerjaan juga tidak sampai satu
peratus dan kebanyakkan syarikat tidak mahu mengambil mereka bekerja walaupun
mereka mempunyai kemahiran. Bukan itu sahaja, menurut tukang urut cacat
penglihatan Siti Atikah Anum Razali mengatakan bahawa terdapat pusat latihan
bagi golongan OKU mempelajari ilmu pengurusan pejabat, namun perkara itu hanya
sia-sia apabila banyak syarikat tidak mahu menerima mereka bekerja.
Bilangan OKU yang berjaya
mendapatkan pekerjaan di sektor awam dan sektor swasta adalah kurang
memberangsangkan. Sebanyak 1,500 OKU bekerja dalam sektor awam masih jauh
daripada sasaran berbanding 1.4 juta kakitangan awam seluruh Negara (Dasar dan
Pelan Tindakan OKU, 2007). Menurut sumber daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
bilangan golongan OKU yang tekah bekerja masih lagi rendah walaupun Kod Amalan
Penggajian OKU di Sektor Swasta telah dilaksanakan. Merujuk kepada jadual di
bawah, bilangan golongan OKU yang telah diterima bekerja masih lagi kurang
daripada tahun 1990 sehingga 2008.
Memetik petikan daripada
ulasan Buku Kerjaya menyatakan bahawa, Jabatan Tenaga Kerja Rakyat berperanan
mendaftarkan OKU dengan merekodkan butir-butir kecacatan dengan teliti dalam
kad pendaftaran. Sekiranya ada kekosongan, pihak jabatan akan memastikan
kesesuaian bagi pekerjaan itu dengan mempertimbangkan kelulusan, kebolehan dan
potensi calon tersebut. Ramai OKU di Malaysia telah menjadi sebahagian daripada
kerja produktif baik di sektor swasta atau kerajaan. Menurut laporan Jabatan
Kebajikan Masyarakat pada September 1998, terdapat kira-kira 73,353 OKU
berdaftar dengan jabatan ini. Daripada jumlah tersebut seramai 538 orang
bekerja di sektor awam dan 3,309 orang bekerja di sektor swasta.
Walaubagaimanapun, menjelang tahun 2016 jumlah yang dipaparkan ini sudah tidak
relevan lagi akibat kenaikan kos sara hidup terutama di kawasan-kawasan bandar.
Merujuk kepada statistik Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA) pula bilangan OKU yang mendapat pekerjaan di sektor
awam adalah seramai 766 orang di semua peringkat. Manakala statistik daripada
Jabatan Tenaga Kerja hanya 7,467 orang OKU yang mendapat pekerjaan daripada
10,635 yang telah mendaftar melalui Sistem Penempatan OKU (SPOKU) atau Jobs
Malaysia. Menurut Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC),
Shafie Bp. Mamal (2007) mendakwa golongan OKU masih didiskriminasikan oleh
segelintir majikan sektor swasta di negara ini. Malah terdapat ratusan OKU di
negara ini yang gagal mendapatkan pekerjaan menyebabkan golongan itu hidup
susah.
Menurut Akta OKU digalakkan
menjalankan perniagaan 29(5). Bertepatan dengan akta ini, Rancangan Malaysia ke
Sembilan (RMK9) telah memperuntukkan modal bantuan kepada usahawan OKU di
seluruh negara yang dilancarkan pada 2007 dengan Bahagian Standart Perburuhan
JTKSM sebagai urus setia bagi menilai pemohonan usahawan dan diproses oleh
JTSKM Selangor. Menurut Berita Harian, 6 April 2010 perkara ini juga sebagai
strategi untuk membantu OKU mendapatkan pekerjaan menerusi usahawan berkenaan
kerana kita sedar ramai OKU adalah usahawan dan mereka boleh menjadi majikan
yang baik bagi OKU lain.
Walaupun peluang pekerjaan
bagi golongan OKU dilihat agak terhad di Malaysia namun begitu masih terdapat
peluang-peluang pekerjaan yang disediakan oleh sektor kerajaan mahupun sektor
swasta. Menurut Akta OKU golongan ini mempunyai hak untuk bekerja 29(1) seperti
hak mendapat gaji yang sama dengan orang lain untuk kerja yang sama. Contohnya
OKU boleh bekerja di pasaraya GIANT, MYDIN, serta restoren makanan segera
seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), McDonald, Pizza Hut, A&W dan
lain-lain. Di kawasan-kawasan pinggir bandar atau kampung golongan OKU boleh
mendapatkan peluang pekerjaan dengan bekerja di kedai-kedai makan, kedai kopi,
bengkel cuci kereta dan kedai runcit. Terdapat juga karnival kerjaya bagi
golongan OKU dianjurkan oleh syarikat-syarikat swasta setiap tahun. Contohnya,
karnival kerjaya yang dianjurkan oleh semua cawangan pasaraya MYDIN membuka
peluang kepada golongan OKU mendapatkan pekerjaan. Sehingga tahun 2013, MYDIN
telah mengambil dan melatih seramai 85 orang staf dari kalangan OKU. Ini
termasuklah 19 staf (masalah pembelajaran) 43 (pekak dan bisu) dan 23 (cacat
anggota) yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang kini bertugas di beberapa
cawangan Mydin di seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. Mydin juga
mensasarkan dua hingga tiga OKU ditempatkan di setiap cawangan MYDIN seluruh
Malaysia. Menurut artikel dari The Borneo Post menyatakan sebanyak 3,078
peluang pekerjaan ditawarkan oleh 22 syarikat pelbagai sektor awam dan swasta
pada Karnival Pekerjaan ‘Return to Work’ 2015 bagi membantu golongan Orang
Kurang Upaya (OKU) agar mendapat kerjaya. Karnival Pekerjaan ini merupakan
anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan bertujuan untuk
mengurangkan risiko OKU terjerumus ke dalam jurang kemiskinan. Menurut Menteri
Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot sepanjang karnival ini dijalankan
sebanyak 12,074 daripada 16,588 OKU iaitu 77 peratus daripada golongan itu
telah mendapat pekerjaan dan ditempatkan semula dalam sektor pekerjaan sejak
2007 hingga 2015.
Diskriminasi
kerjaya dalam kalangan orang kurang upaya (OKU)
Kekurangan maklumat dan
pengetahuan terhadap golongan OKU telah mengakibatkan lahirnya sikap prejudis
dan khuatir dalam kalangan majikan dan mengakibatkan berlakunya kekurangan
peluang pekerjaan bagi kelompok minoriti ini. Laporan menyatakan bahawa
sesetengah majikan di Malaysia menganggap bahawa OKU tidak boleh mengendalikan
sesuatu pekerjaan lalu dengan segera menolak permohonan kerja golongan OKU
secara mentah-mentah (Soo, 2014).
Kebimbangan tidak berasas dalam kalangan majikan, kos penginapan serta latihan
yang perlu dijalankan untuk OKU sehingga menyebabkan kenaikan kos pengurusan
mungkin menjadi punca pihak majikan tidak mahu mengambil OKU bekerja.
Di Malaysia terdapat pindaan
perlembagaan bagi memastikan tiada diskriminasi berasaskan kecacatan dalam
Perkara 8(2) dan 12(1). Peruntukan asal fasal-fasal tersebut adalah sebagaimana
berikut: 8. (1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang. (2) Kecuali
sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada
diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alas anagama, ras,
keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam
pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak
berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan
dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan
penubuhan atau perjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya
atau pekerjaan. Walaupun terdapat pindaan perlembagaan agar golongan OKU ini
tidak didiskriminasi dari pelbagai aspek, namun masih terdapat banyak pihak
yang mengamalkan stigma terhadap golongan ini. Sebagai contoh,diskriminasi yang
berlaku dalam kalangan OKU untuk mendapatkan pekerjaan akibat sikap masyarakat
yang menganggap golongan OKU tidak berupaya untuk menjalankan pekerjaan (Bardan, 2002; Neufeldt, 1998; Oliver, 1990; Unger, 2002) dan
ketidakprihatinan komuniti perniagaan berkaitan tahap pencapaian OKU,
ketidakhadiran, kadar perolehan serta kos penginapan yang tinggi. Selain itu, terdapat
juga sokongan empirikel yang cukup untuk membuat spekulasi bahawa pekerja OKU
mengalami nasib yang sama seperti golongan-golongan terpinggir lain di dalam
sesebuah bandar. Sebagai contoh, terdapat laporan yang menyatakan bahawa
golongan OKU sebahagian besarnya hanya bekerja secara separuh masa sahaja,
pekerjaan berstatus rendah serta peluang kemajuan yang sangat rendah (Braddock
& Bachelder, 1994; Havement, Halberstadt & Burkhauser, 1984).Hasil penyelidikan di luar
negara sering kali mendedahkan percanggahan besar dalam jumlah penyertaan
tenaga buruh antara penduduk kurang upaya dengan penyertaan tenaga buruh
penduduk bukan kurang upaya. Kebanyakan penyertaan yang rendah dalam bidang
kerjaya sering kali menjadi tajuk perbincangan dalam penulisan ilmiah (Jameson,
2005).
Secara spesifik penyelidikan-penyelidikan tersebut memiliki bukti yang kukuh
bahawa sekurang-kurangnya jumlah orang kurang upaya yang tidak bekerja adalah
dua kali ganda jumlah orang normal yang tidak bekerja (Bagshaw, 2006;
Disability Homepage, 2007; Neufeldt & Albright, 1998; Perry, 2002). Kajian
juga menunjukkan bahawa kadar pengangguran bagi penduduk bukan kurang upaya di
negara-negara perindustrian adalah sebanyak 10% berbanding 40% dan 60% bagi
OKU. Selain itu, didapati bahawa sebanyak 200 juta orang kurang upaya di Asia
dan Pasifik tidak mempunyai akses kepada pekerjaan (International Lbor
Organization [ILO], 2003).
Melihat hasil kajian
berkaitan golongan OKU, data yang ditunjukkan seolah-olah tidak mencadangkan
golongan ini untuk bekerja. Sekiranya mereka mempunyai kerjaya sekalipun,
mereka tidak akan memperoleh manfaat yang sama seperti orang normal yang lain.
Keadaan ini seolah-olah menunjukkn bahawa golongan kurang upaya mempunyai tahap
pendidikan yang rendah, kerjaya pada tahap rendah dan sekaligus hanya layak
mendapat pendapatan yang rendah. Situasi ini memaparkan diskriminasi kerjaya bagi
golongan OKU. Berdasarkan tanggapan ini, dapat dinyatakan bahawa diskriminasi
golongan kurang upaya terbahagi kepada dua iaitu dari segi akses dan layanan.
Diskriminasi yang dilakukan oleh golongan majikan dan rakan sekerja ini mungkin
berpunca daripada kurang kefahaman dan pengetahuan berkaitan golongan OKU.
Menurut Greenhouse, Parasuraman & Wormley, 1990; Jameson, 2005 menyatakan
diskriminasi akses berlaku apabila terdapat sesetengah ahli kumpulan kecil yang
dihalang untuk menyertai sesuatu pekerjaan atau organisasi. Diskriminasi
rawatan pula berlaku apabila golongan minority ini mendapat ganjaran dan
peluang yang rendah berbanding perkara yang sepatutnya mereka terima secara sah
berdasarkan kriteria pekerjaan yang diceburi (Greenhouse, 1990; Jameson, 2005). Diskriminasi dari
segi layanan terhadap golongan OKU ini, mereka kana mendapat pengalaman yang
buruk dalam sesebuah organisasi dan menyebabkan hasil kerja yang tidak
memuaskan. Apabila golongan ini menghasilkan kerja yang kurang baik, hal ini
mungkin akan menjejaskan peluang-peluang mereka pada masa hadapan dalam
beberapa perkara seperti kenaikan gaji, peluang mendapat latihan yang lebih
baik, penilaian kesesuaian pekerjaan dan kemungkinan akan diberhentikan kerja.
Menurut Neufeldt dan
Albright’s (1998) menyatakan bahawa diskriminasi yang lebih spesifik kepada
golongan OKU terbahagi kepada tiga. Diskriminasi pertama adalah diskriminasi
secara terus iaitu seseorang itu dilayan kurang penting berbanding orang
disebabkan kecacatan yang dialami oleh mereka. Diskriminasi kedua ialah
diskriminasi secara tidak terus. Diskriminasi ini berlaku apabila syarat dan
keadaan sesuatu pekerjaan, kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan tidak
memenuhi keperluan OKU. Sebagai contoh, kemudahan yang disediakan di
tempat-tempat kerja yang tidak mesra OKU. Ketiadaan kemudahan untuk golongan
OKU akan merencatkan dan membataskan pergerakan mereka. Hal ini kerana, mereka
memerlukan keperluan yang lain dari golongan normal seperti tandas OKU,
penyediaan tangga yang sempurna, penyediaan tempat letak kereta khas untuk OKU
dan penyediaan tempat perhentian pengangkutan awam seperti bas dan teksi.
Menurut Sharifa, N. & Murugapiria, S (2000) dalam prosiding bertajuk “Perancangan
bandar selamat bagi golongan istimewa peranan jururancang” mengatakan konsep
‘Persekitaran Tanpa Halangan’ merupakan konsep yang diperkenalkan oleh
jururancang bandar di negara maju dalam menyediakan persekitaran yang selesa
dan selamat bagi golongan istimewa. Tiga perkara utama yang perlu ada dalam
persekitaran tersebut ialah kefungsian tanpa halangan, keselamatan dan
keselesaan pada ruang yang disediakan. Sekiranya penyediaan kemudahan bagi
golongan OKU di tempat kerja adalah mengikut konsep ini, maka diskriminasi
secara tidak terus tidak akan berlaku. Kemudian, diskriminasi ketiga ialah
diskriminasi tidak sama rata bagi golongan OKU. Melalui diskriminasi ini,
masyarakat gagal untuk mengambil langkah yang munasabah untuk menghapuskan
halangan diskriminasi sosial yang mengakibatkan halangan golongan OKU untuk
menyertai sesuatu penyertaan (Bynoe. L, 1991; Neufeldt, 1998). Sekali lagi,
diskriminasi ini mengakibatkan pekerja golongan OKU menghasilkan kerja yang
kurang memberangsangkan.
Selain diskriminasi dari segi
kerjaya, diskriminasi bagi OKU juga sering kali berlaku dalam kalangan
masyarakat kita.kebanyakan masyarakat mempunyai layanan dan sikap yang berbeza
terhadap ketidakupayaan yang dialami oleh OKU (Rothman, 2003). Sebagai contoh,
golongan OKU yang mengalami kerencatan akal sering kali didiskriminasikan dalam
kalangan masyarakat. Namun begitu terdapat juga kelompok masyarakat yang
menganggap mereka sebagai golongan yang mempunyai status khas dan kebolehan
serta dihormati oleh masyarakat lain.
Penutup
Sebagai kesimpulan, kita
dapat lihat bahawa tidak kira dimana sahaja golongan OKU itu berada sama ada di
negara maju, membangun atau kurang membangun, mereka mengalami masalah dan
halangan yang sama untuk meneruskan kehidupan dengan mencari peluang pekerjaan
akibat diskriminasi yang dicipta oleh masyarakat sekeliling. Walaupun pada hari
ini kita sudah berada di ambang wawasan 2020, namun masih banyak lagi
kelompongan dari segi usaha untuk meningkatkan kualiti hidup golongan OKU perlu
ditingkatkan. Tidak semua golongan OKU bernasib baik mendapat peluang pekerjaan
yang stabil di negara ini. Oleh hal yang demikian, satu usaha yang drastik
perlu dilaksanakan untuk memastikan golongan ini tidak terpinggir daripada
mendapat hak bekerja yang sepatutnya. Bukan itu sahaja, masyarakat juga perlu
mengikis sikap prejudis terhadap golongan OKU. Sesungguhnya golongan ini
memerlukan semangat dan sokongan daripada semua pihak untuk meneruskan
kehidupan mereka dalam keadaan tidak sempurna seperti insan-insan yang lain.
Oleh itu, janganlah dipatahkan semangat mereka untuk menapak dalam kehidupan
yang penuh dengan pancaroba ini.
BAHAN
RUJUKAN
Buku
1. Denison
Jayasooria. (1989). Justice not Charity, Kuala Lumpur
2. Magdalene
Ang. (2012). Work and Disability A Malaysian Scenario. Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang.
3. Yellin,
S. & Bertsch, CC. (2010). Life after high school. Jessica Kingley
Publisher London And Philadelphia
4. Barton,
L. (2006). Overcoming Disabling Barriers. Rutledg Taylor and Francis Group
London and New York
Rujukan
1.
Bagshaw, M. (2006). Disability in the Workplace : the good news and
the bad news.
2. Bardan, S. (2002). Employment Opportunities
for PWD in Malaysian Private Sector.
1st National Conference
on PWD's Economy. Kuala Lumpur.
3.
Bynoe. L, O. M. (1991). Equal rights for disable people: The case
for a new law. The
Institute for Public Policy Research, Social
Policy Paper No.7, Welfare Series.
4. Greenhouse, J. P. (1990). Effect of
race on organizational experiences, job
performance
evaluations, and career outcomes. Academy of Management Journal ,
33:64-86.
5. International Labor Organization
(ILO). 1985. Basic principles of vocational
rehabilitation
of the disabled (3rd eg.) Geneva, Switzerland.
6. Jameson, A. (2005). Disability and
employment: Review of Literature and Research;
Equal Employment Opportunities Trust.
Aucland, New Zealand.
7. Neufeldt, A. &. (1998). Disability and
Self-Directed Employment. Ontario: Captus
Press.
8. Oliver, M. (1990). The Politics of
Disabled. London: Macmillan.
9. Rothman, J. (2003). Social work
practice across disability. Boston: Pearson
Education.
10.Soo, E. (2014, August 12). Blind
Spot for the Disabled. The Star , p. 13.
11.Unger, D. (2002). Helping
Individuals with Disabilities in Employment Through
Workplace Support. Retrieved
May 6, 2003 from
http://www.lighthouse.org/envision/fall2002/workplace.htm/.
Jurnal
1.
Hazlin
Falina Rosli, Safura Ahmad Sabri, Norazia Abdul Wahab & Nurzkira Afnee
Zakaria. (2015). Kesedaran Golongan Majikan Terhadap Orang Kurang Upaya (OKU)
di Malaysia: Melalui Perspektif Media. Proceeding of the 2nd
International Conference on Management and Muamalah 2015, 192-199
Tesis
1.
Susan
binti Edwin (2012). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kurangnya Pengambilan
Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) Bekerja di Sektor Swasta. Ijazah Sarjana
Muda Thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
Artikel dari
Internet
3.
Anne
Muhammad (2015). Bajet 2016: OKU Harap EPC dan Bantuan Am dinaikkan.
4.
Kelly
S. (2013) Karnival Kerjaya Orang Kurang Upaya
5.
Karnival
Pekerjaan ‘Return to Work 215 Bantu OKU Kembali Bekerja. Borneo Post Online.
Rujukan Dokumen
dari Internet
1.
Malaysia,
Jabatan Kebajikan Masyarakat (2014) Laporan – Statistik Jabatan Kebajikan
Masyarakat 2014.