BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 1.0 Layouts »

Sunday, 24 April 2016

wadafish

is that okay not to get married??

in order to take care of everyone feelings.  i thing YES.

nak jaga hati kiki dari dpt pak or mak mertua yg judging,  so highly impression, ego and think everyone is wrong.. better  ak korbankan diri aku je.

nak jaga hati mak pak aku dri dpt menantu bukan doktor.. bukan engineer.. bukan arkitek.. bukan ustat.. bukan lawyer.. bukan perdana menteri.. ank datok.. anak tan sri.. anak ketua kampung.. bla bla bla..  so better for me to stay single till 70!


in order to take care of my feeling..
aku cuma akn bertapa.. dan xpedulikan apa apa aktiviti berkaitan 'kawin'..  boys..?  NO!


dah.  aku nk solat isyak.  lets god decide verythings..  tadaaaa 😉

Saturday, 23 April 2016

emotional breakdown.

Life is a long battle..  weither keep on going or surrender..

like one in a month.. im going to face my stupid PMS.. i hate it..  pms make me feel angry, sad, do stupid things.. crying out of sudden... and.. etc..  well im crying while writing this..

kadang2 aku rasa bodoh ada impian yg xmungkin aku capai dalam usia 'aku masih xkerja'..  whats wrong with aku xkeje lagi?  being malaysian seem like so stupid sometimes..  ok lately kiki dh ada kerje yg bagus..  aku tau dia boleh effort aku..  and he said dlm 2tahun lagi.. he will purpose me.. lepas ada kerete.. rumah.. and all that..
kiki ada ckp.. xyah la buat majlis besar2..  kite kmpul hrta lepas kawin melancong semua tmpt and all that.. lagi best

its pretty interesting..  bg aku kalau umur 25 dh elok sgt lah aku ni kawin.. plus my kiki dh boleh support everythings..
cuma aku.. ya..  aku grad umur 24..  xsurelagi kan dpt keje ke tak..

and.. aku paling sedih bila mak aku asik nk down2 kan aku pasal kawin ni.. seolah kalau umur 25 aku nk kawin tu,  dosa besar sngt..  zaman skrng.. habis belaja lmbt.. umur umur 26 bru la dpt keje stabil sikit..
mak aku espek 3 -4 tahun keje baru aku boleh kawin..  mean dlm umur 28 smpai 30 cmtu.. i was like..  peh.. ok..  dia. betul2 nk rijek orng yg masuk minang aku sblum umur tu..  nmpak tak?

and.. aku selalu pike.. aku xnk bazir buat kawin besar2.. tp mak aku punya ego.. aku xleh nk runtuhkan..  dia nk yg paling grand..  and dia cm.. hm.. hm.. expect tinggi sngt.. aku ni bakal cikgu je.. aku bkn budak perubatan.. budak arkitek.. budak engineering.. otak aku smpai thap jd ckgu je..  apasal dia suka expect aku akan kawin dgn orng2 highly educated cmtu..

bf aku nk kat aku pun aku dh ckup besyuko gila weh..sbb aku ni..  hah malas cakap.. budak laki kelas aku pn duk ckp aku buruk xde ciri ciri wanita idaman *even aku gelak,  deep inside aku sedih gila kena hina*  dia pun keje kat overseas.. gaji dah boleh beli kerte and rumah..  amende yg mak aku bnci sngt ha dkt bf aku??  bapak aku pun sama..diam diam belakang aku,  ngumpat aku..  adik aku la jadi tukang smpaikan..  sbb aku ada ijazah ke.. sbb bf aku xde ijazah?  it just a freaking piece of paper! kenapa dunia ni kejam??

aku kdg2 malu ngn pangai depa..  mak n saudara bf aku layan aku kemain baik lah.. xkisah pun aku ni cemana.. padahal aku ni keje pun xkonfirm dpt lagi.. anak laki dorang yg ada keje bagus..  siap ckp aku ni bakal menantu..  sporting habis..  tp parents aku.. asik nk crk buruk orang.. asik nk carik kurang orng lain.. aku xfaham lah!  depa jela yg betui.. orng lain semua pakat salah..  depa jela ilmu tinggi,  orng lain pakat kelaut....

persoalannya.. ini semua rncngn kami jea. aku baru umur 22..  haha..
cuma kami dh becinta lama.. jd.. bila dia dah mampu.. kenapa kahwin tu jadi salah besar?  tapi.. kami duk dating mak pak xhalang pun??

tak pala.. maybe it just some kind of pms session for this month..
ada bnda aku boleh mengadu kt org.. tp ada bnda yg aku terpaksaaa luah kat blog..

mana aku nk jaga hati mak pak aku? mana aku nk jaga hati buah hati aku?

hati aku lak sape nk jaga??



mak aku ni.. suka compare aku dgn adik pmpuan aku.. aku ni sekolah biasa je.. xpndai mana..  dpt bf biasa2 je.. adik. aku sek sains.. dpt bf.. orng putrajaya.. mak bapak kaya.. pandai.. spm pulun semua A.. siapa xsayang orng pndai? siap jemput2 dtg rumah lagi... aku ni.. kalau ckp pasal bf aku.. sikit nk jaga hati aku pun x.. sume buruk.. sume salah..

deep inside aku terasa nk mampus..  tp xpala.. rezeki orng lain lain... dah kalau ni bahagian ujian aku.. aku on je.. xdehal lah....

cepatla habis pms!  bnci camni.. hahahaha for now.. kbye..



Saturday, 16 April 2016

Peluang dan diskriminasi kerjaya OKU by: Nuri Hafizha Lina

PELUANG DAN DISKRIMINASI KERJAYA BAGI GOLONGAN KURANG UPAYA
(OPPORTUNITY AND DISCRIMINATION OF JOB CAREER FOR DISABLE PEOPLE)

NURI HAFIZHA LINA BINTI ROSLE


















Abstrak : Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti peluang-peluang pekerjaan yang disediakan oleh sektor kerajaan dan swasta untuk golongan kurang upaya (OKU) di Malaysia. Pelbagai persoalan yang boleh dikemukakan apabila isu peluang pekerjaan dalam kalangan orang kurang upaya diketengahkan. Sehingga hari ini masih terdapat ramai golongan kurang upaya yang tidak bekerja dan dinafikan hak untuk mendapatkan kerjaya tetap seperti golongan normal. Tambahan pula, hanya sedikit sahaja sektor-sektor di Malaysia yang menawarkan peluang kerjaya untuk golongan kurang upaya berbanding di negara-negara luar seperti Amerika Syarikat. Hal ini menjadi isu yang serius kerana tiada jaminan masa depan bagi golongan kurang upaya. Ketiadaan jaminan peluang pekerjaan terhadap golongan kurang upaya merencatkan kebolehan mereka untuk bergerak bebas dan menjana pendapatan bulanan seperti orang normal. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk mengenal pasti diskriminasi yang berlaku dalam kalangan OKU dalam sektor pekerjaan. Keadaan menjadi lebih parah bagi golongan OKU apabila bukan sahaja peluang kerjaya yang disediakan untuk mereka adalah rendah, malah berlaku juga diskriminasi dalam kalangan majikan dan rakan sekerja akibat ketidakupayaan yang mereka alami. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan dan swasta perlulah memainkan peranan penting untuk membela nasib golongan kurang upaya agar mereka tidak tersisih untuk mendapatkan kerjaya tetap dalam kalangan masyarakat.

Kata kunci : peluang-peluang pekerjaan ; golongan kurang upaya (OKU) ; sektor kerajaan ; sektor swasta.

Abstract : The purpose of this research is to identify the employment opportunities provided by the government and the private sector for people with disabilities (PWD) in Malaysia. Related to the topic about the issue of employment among PWD, there are a lot of questions that can be highlighted. Today there are still many PWD are denied the right to work by some sectors and still can’t get permanent guaranteed job like normal people does. Furthermore, there are only a few sectors in Malaysia that offers job opportunities for PWD compared to other country like United States which offer a lot of job opportunities for disable people. This is serious issue because there is no guarantee of future for the disabled. This no guarantee employment opportunities for PWD inhibit their ability to move freely and generate a monthly income like a normal person. Other than that, the purpose of this research also to identified the discrimination that happened among PWD in job sector. The situation are becoming worst for people with disabilities when not only the career opportunities available for them is low, but they also faced the discrimination among employers and co-workers because of their disabilities. In a nut shell, the government and the private sector should play an important role for the welfare of the disabled so that they do not remain isolated for a career in society.

Pengenalan
Menurut World Health Organisation (WHO) orang kurang upaya ialah kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat pada sesuatu masa dan terhalang oleh keadaan fizikal atau mental dari melakukan aktiviti-aktiviti normal rakan sebaya seperti sosial, rekreasi, pelajaran dan vokasional. Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula orang kurang upaya boleh didefinisikan sebagai seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperolehi sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan sama ada dari segi fizikal atau mental dan sama ada kecacatan tersebut berlaku semenjak lahir atau selepas lahir. Menurut Akta Orang Kurang Upaya 2008 mentakrifkan orang kurang upaya (OKU) sebagai mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam kalangan masyarakat. Kemudian, menurut Training for Vocational Rehabilitation Services (TRAVORS) (2009), orang kelainan upaya (OKU) merupakan seseorang yang kehilangan atau luar biasa dalam bentuk tubuh badan, yang mana berinteraksi dengan pelbagai sikap dan halangan persekitaran yang boleh menghalang OKU ini untuk melibatkan diri dalam persatuan sama seperti golongan normal yang lain.
Menurut World Health Organisation (WHO) kategori orang kurang upaya boleh dibahagikan kepada tiga iaitu kecacatan fizikal, kecacatan mental dan kecacatan sensori. Secara umumnya pula orang kurang upaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu kekurangan upata secara kekal dan kekurangan upaya secara sementara. Kekurangan upaya secara kekal ialah individu yang cacat pendengaran, cacat penglihatan, cacat anggota dan warga tua. Manakala kekurangan upaya secara sementara ialah wanita mengandung, cedera dan sakit.
Menutut United Nations Economic dan Social Commission for Asia and The Pacific (UN ESCAPE), 2003; Department od Social Welfare, 2006 terdapat 650 juta orang kurang upaya diseluruh dunia dan 400 juta darinya adalah penduduk asia dan pasifik. Mereka juga dipercayai merupakan antara penduduk termiskin di dunia. Kebanyakan mereka tinggal di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan dari segi perubatan dan perkhidmatan lain yang penting. Di setiap negara, sekurang-kurangnya seorang daripada 10 orang penduduk merupakan orang kurang upaya dari segi mental, fizikal atau sensori dan sekurang-kurangnya 25% daripada sesebuah populasi akan mengalami kecacatan.
Di Malaysia pula, jumlah sebenar penduduk yang mengalami ketidakupayaan tidak dapat diukur dengan jelas kerana ada sesetengah individu kurang upaya yang tidak didaftarkan sebagai golongan kurang upaya di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Namun begitu, menurut satu kaji selidik oleh Social Welfare Department ke atas 5% populasi Malaysia menyatakan bahawa 1% daripada populasi rakyat Malaysia merupakan orang kurang upaya.
Peluang kerjaya bagi golongan kurang upaya di negara maju.
Banyak kajian dan peluang peluang pekerjaan yang dibuka kepada golongan kurang upaya di negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Kada, British, Australia dan Sweden. Menurut Neufeldt & Albright, 1998 orang-orang kurang upaya yang bekerja di bawah satu-satu majikan ini adalah berdasarkan tahap latihan yang mereka perlukan.
Peluang kerjaya di negara kurang membangun dan membangun.
Malaysia merupakan sebuah negara yang tergolong dalam kelompok negara membangun. Kebiasaannya negara yang kurang membangun dan membangun mempunyai pengumpulan data yang tidak sistematik berkaitan peluang pekerjaan bagi golongan orang kurang upaya. Walaupun terdapat laporan yang disimpan, namun kesahan dan kebolehpercayaan data-data tersebut masih boleh dipersoalkan (Neufeldt, 1998). Berikut merupakan contoh statistik perletakan kerjaya bagi golongan orang kurang upaya di Malaysia.
Jadual 1 : Work placement of disabled people (1990-Jun 2010)
Year                                 Registration
                                            by DLPM
Placement by        Placement by other   Total placement
 DLPM                           agencies
1990                                         -
1991                                         -                       
1992                                         -
1993                                      638
1994                                       710
1995                                       536
1996                                       330
1997                                       336
1998                                       301
1999                                       271
2000                                       264
2001                                       634
2002                                       825
2003                                       792
2004                                       540
2005                                       1666
2006                                      1027
2007                                       740
2008                                       719
2009                                       829
Jun 2010                              345
Total                                      11,503
114                                     72                              186
85                                       264                            349
165                                     196                            361
312                                     265                            577
303                                     177                            480
368                                     132                            500
236                                     112                            348
236                                     193                            429   
126                                      95                             221
130                                      123                           253
178                                     86                              264
258                                     246                            504
 -                                             -                              424
 -                                            -                               464
 -                                            -                               325
-                                             -                               482
-                                             -                               574
-                                             -                               272
-                                             -                               368
-                                             -                                538
-                                             -                                128
-                                             -                               8047
 Sumber : Department of Social Welfare, Malaysia (2010)
****Nota: DLPM = Department of Labor, peninsular Malaysia; (-) menunjukkan maklumat tidak wujud. *****
Jadual 1 menunjukkan perletakan kerjaya bagi golongan kurang upaya di Malaysia dari tahun 1990 hingga Jun 2010 yang menunjukkan golongan kurang upaya mendapat kerja di bawah sesebuah majikan. Walaubagaimanapun, data dalam statistik ini masih boleh dipersoalkan.
Menurut The Washington Times (2005) masalah kurang pengambilan bekerja bagi golongan kurang upaya adalah tinggi di seluruh dunia. Sebagai contoh, terdapat lebih kurang 80% sehingga 90% golongan OKU di negara-negara membangun yang layak bekerja masih tidak dapat menjawat apa-apa jawatan. Menurut pengerusi Education and Training Organisation Modern Montessori International Group daripada Singapura melalui Business Times Singapore (2006) satu sebab golongan OKU sukar untuk mendapatkan kerja adalah kerana kecenderungan majikan untuk salah sangka bahawa golongan ini kebarangkalian kurang melaksanakan kebanyakan daripada tugas.

Isu penyediaan peluang-peluang pekerjaan oleh sektor kerajaan dan swasta bagi golongan OKU di Malaysia.
Memiliki kerjaya yang boleh memberikan pendapatan kepada individu merupakan aspek paling utama dalam meneruskan kelangsungan hidup. Pekerjaan bukan sahaja penting kepada golongan normal malahan juga penting bagi golongan kurang upaya. Keinginan untuk memiliki kerjaya dan mempunyai pendapatan tetap merupakan satu cabaran besar kepada golongan kurang upaya. Memiliki kerjaya menentukan kualiti hidup individu tidak kira normal atau kurang upaya. Tanpa pekerjaan, kelangsungan hidup amat sukar untuk diteruskan lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang serba gawat pada hari ini.
Terdapat banyak isu yang boleh dikupas berkaitan kerjaya golongan orang kurang upaya. Walaupun kita kini berada di abad ke 21, namun penerimaan sektor-sektor awam dan sektor-sektor swasta terhadap pekerja daripada golongan orang kurang upaya sangat menyedihkan. Tidak banyak syarikat-syarikat yang menyediakan peluang pekerjaan bagi golongan kurang upaya. Datuk Ismail Abdul Rahim berkata semua golongan OKU mampu untuk menjalankan kerja seperti orang lain. Faktor usia, jenis kecacatan dan tiada pengalaman merupakan sebahagian daripada alasan yang menyebabkan golongan ini sering kali ditolak mentah-mentah daripada permohonan pekerjaan (Utusan Malaysia, 2007). Di Malaysia, kajian berkaitan ketidakupayaan adalah masih terhad oleh itu tiada kesimpulan yang boleh dibuat sama ada nasib golongan kurang upaya di negara ini untuk mendapatkan pekerjaan sama dengan golongan kurang upaya di negara luar seperti Amerika Syarikat.
Antara usaha yang perlu dilakukan bagi membantu meningkatkan taraf hidup golongan OKU di Malaysia adalah dengan cara memberikan mereka peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan mahupun sektor swasta. Mengikut Rancangan Malaysia kesepuluh (2011-2015), diangarkan kira-kira 13.2 juta peluang pekerjaan baru akan diwujudkan pada tahun 2015. Berdasarkan anggaran ini, dapatlah dikatakan bahawa terdapat peluang pekerjaan yang sangat besar bagi rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun, terdapat persoalan yang timbul iaitu adakah peluang-peluang pekerjaan ini terbuka kepada golongan OKU seperti pelajar-pelajar OKU yang bakal meninggalkan bangku sekolah?
Pelaksanaan Akta Orang Kurang Upaya 1977 yang sering menjadikan OKU sebagai pengemis perlu dihapuskan. Pemberian elaun atau insentif kepada OKU perlu mengikut keperluan dan situasi semasa. Tambahan pula, kadar elaun dan insentif yang sedia ada perlu dikaji untuk memberikan keselesaan kepada golongan OKU. Berikut merupakan elaun pekerja cacat mengikut negeri dari tahun 2001-2014.



Menurut artikel Malaysiakini yang menemuramah beberapa OKU yang bekerja sendiri terutamanya di rumah urut di Kuala Lumpur, kebanyakkan golongan OKU mengharapkan Elaun Pekerja Cacat (EPC) tanpa melihat jumlah pendapatan pada bajet 2016 akan ditingkatkan. Hal ini demikian kerana, jumlah elaun sebanyakRM350 tidak lagi relevan bagi golongan OKU pada hari ini akibat peningkatan harga barang dan kos sara hidup. Golongan OKU juga berharap bantuan am (BA) sebanyak RM200 bagi golongan OKU tidak bekerja ditingkatkan kepada RM500. Bukan itu sahaja, golongan OKU ini juga berharap agar pihak kerajaan membuka lagi banyak peluang pekerjaan kepada mereka. Pada hari ini kita dapat lihat banyak stereotaip bagi kerjaya golongan OKU. Misalnya, kebanyakkan orang buta akan dilatih sebagai tukang urut dan operator. Mereka akan bekerja di rumah-rumah urut yang hanya mementingkan kos pengurusan yang rendah dan mahu keuntungan yang tinggi. Perkara yang menyedihkan pula berlaku apabila terdapat golongan OKU buta yang langsung tidak berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan. Akhirnya ramai golongan ini yang menjadikan aktiviti mengemis dan menjual tisu di ceruk-ceruk bandar sebagai aktiviti ekonomi utama untuk menjana pendapatan harian. Menurut OKU cacat penglihatan sejak lahir iaitu Nur Iman Ar Ramadan, mengatakan bahawa pasaran pekerjaan hari ini hanya menumpukan buat golongan normal menyebabkan OKU terpaksa menjual tisu dan hanya bekerja di rumah urut. Peluang pekerjaan juga tidak sampai satu peratus dan kebanyakkan syarikat tidak mahu mengambil mereka bekerja walaupun mereka mempunyai kemahiran. Bukan itu sahaja, menurut tukang urut cacat penglihatan Siti Atikah Anum Razali mengatakan bahawa terdapat pusat latihan bagi golongan OKU mempelajari ilmu pengurusan pejabat, namun perkara itu hanya sia-sia apabila banyak syarikat tidak mahu menerima mereka bekerja.

Bilangan OKU yang berjaya mendapatkan pekerjaan di sektor awam dan sektor swasta adalah kurang memberangsangkan. Sebanyak 1,500 OKU bekerja dalam sektor awam masih jauh daripada sasaran berbanding 1.4 juta kakitangan awam seluruh Negara (Dasar dan Pelan Tindakan OKU, 2007). Menurut sumber daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat bilangan golongan OKU yang tekah bekerja masih lagi rendah walaupun Kod Amalan Penggajian OKU di Sektor Swasta telah dilaksanakan. Merujuk kepada jadual di bawah, bilangan golongan OKU yang telah diterima bekerja masih lagi kurang daripada tahun 1990 sehingga 2008.


Memetik petikan daripada ulasan Buku Kerjaya menyatakan bahawa, Jabatan Tenaga Kerja Rakyat berperanan mendaftarkan OKU dengan merekodkan butir-butir kecacatan dengan teliti dalam kad pendaftaran. Sekiranya ada kekosongan, pihak jabatan akan memastikan kesesuaian bagi pekerjaan itu dengan mempertimbangkan kelulusan, kebolehan dan potensi calon tersebut. Ramai OKU di Malaysia telah menjadi sebahagian daripada kerja produktif baik di sektor swasta atau kerajaan. Menurut laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada September 1998, terdapat kira-kira 73,353 OKU berdaftar dengan jabatan ini. Daripada jumlah tersebut seramai 538 orang bekerja di sektor awam dan 3,309 orang bekerja di sektor swasta. Walaubagaimanapun, menjelang tahun 2016 jumlah yang dipaparkan ini sudah tidak relevan lagi akibat kenaikan kos sara hidup terutama di kawasan-kawasan bandar.  Merujuk kepada statistik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pula bilangan OKU yang mendapat pekerjaan di sektor awam adalah seramai 766 orang di semua peringkat. Manakala statistik daripada Jabatan Tenaga Kerja hanya 7,467 orang OKU yang mendapat pekerjaan daripada 10,635 yang telah mendaftar melalui Sistem Penempatan OKU (SPOKU) atau Jobs Malaysia. Menurut Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Shafie Bp. Mamal (2007) mendakwa golongan OKU masih didiskriminasikan oleh segelintir majikan sektor swasta di negara ini. Malah terdapat ratusan OKU di negara ini yang gagal mendapatkan pekerjaan menyebabkan golongan itu hidup susah.

Menurut Akta OKU digalakkan menjalankan perniagaan 29(5). Bertepatan dengan akta ini, Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK9) telah memperuntukkan modal bantuan kepada usahawan OKU di seluruh negara yang dilancarkan pada 2007 dengan Bahagian Standart Perburuhan JTKSM sebagai urus setia bagi menilai pemohonan usahawan dan diproses oleh JTSKM Selangor. Menurut Berita Harian, 6 April 2010 perkara ini juga sebagai strategi untuk membantu OKU mendapatkan pekerjaan menerusi usahawan berkenaan kerana kita sedar ramai OKU adalah usahawan dan mereka boleh menjadi majikan yang baik bagi OKU lain.
Walaupun peluang pekerjaan bagi golongan OKU dilihat agak terhad di Malaysia namun begitu masih terdapat peluang-peluang pekerjaan yang disediakan oleh sektor kerajaan mahupun sektor swasta. Menurut Akta OKU golongan ini mempunyai hak untuk bekerja 29(1) seperti hak mendapat gaji yang sama dengan orang lain untuk kerja yang sama. Contohnya OKU boleh bekerja di pasaraya GIANT, MYDIN, serta restoren makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), McDonald, Pizza Hut, A&W dan lain-lain. Di kawasan-kawasan pinggir bandar atau kampung golongan OKU boleh mendapatkan peluang pekerjaan dengan bekerja di kedai-kedai makan, kedai kopi, bengkel cuci kereta dan kedai runcit. Terdapat juga karnival kerjaya bagi golongan OKU dianjurkan oleh syarikat-syarikat swasta setiap tahun. Contohnya, karnival kerjaya yang dianjurkan oleh semua cawangan pasaraya MYDIN membuka peluang kepada golongan OKU mendapatkan pekerjaan. Sehingga tahun 2013, MYDIN telah mengambil dan melatih seramai 85 orang staf dari kalangan OKU. Ini termasuklah 19 staf (masalah pembelajaran) 43 (pekak dan bisu) dan 23 (cacat anggota) yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang kini bertugas di beberapa cawangan Mydin di seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. Mydin juga mensasarkan dua hingga tiga OKU ditempatkan di setiap cawangan MYDIN seluruh Malaysia. Menurut artikel dari The Borneo Post menyatakan sebanyak 3,078 peluang pekerjaan ditawarkan oleh 22 syarikat pelbagai sektor awam dan swasta pada Karnival Pekerjaan ‘Return to Work’ 2015 bagi membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) agar mendapat kerjaya. Karnival Pekerjaan ini merupakan anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan bertujuan untuk mengurangkan risiko OKU terjerumus ke dalam jurang kemiskinan. Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot sepanjang karnival ini dijalankan sebanyak 12,074 daripada 16,588 OKU iaitu 77 peratus daripada golongan itu telah mendapat pekerjaan dan ditempatkan semula dalam sektor pekerjaan sejak 2007 hingga 2015.

Diskriminasi kerjaya dalam kalangan orang kurang upaya (OKU)

Kekurangan maklumat dan pengetahuan terhadap golongan OKU telah mengakibatkan lahirnya sikap prejudis dan khuatir dalam kalangan majikan dan mengakibatkan berlakunya kekurangan peluang pekerjaan bagi kelompok minoriti ini. Laporan menyatakan bahawa sesetengah majikan di Malaysia menganggap bahawa OKU tidak boleh mengendalikan sesuatu pekerjaan lalu dengan segera menolak permohonan kerja golongan OKU secara mentah-mentah (Soo, 2014). Kebimbangan tidak berasas dalam kalangan majikan, kos penginapan serta latihan yang perlu dijalankan untuk OKU sehingga menyebabkan kenaikan kos pengurusan mungkin menjadi punca pihak majikan tidak mahu mengambil OKU bekerja.

Di Malaysia terdapat pindaan perlembagaan bagi memastikan tiada diskriminasi berasaskan kecacatan dalam Perkara 8(2) dan 12(1). Peruntukan asal fasal-fasal tersebut adalah sebagaimana berikut: 8. (1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang. (2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alas anagama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau perjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan. Walaupun terdapat pindaan perlembagaan agar golongan OKU ini tidak didiskriminasi dari pelbagai aspek, namun masih terdapat banyak pihak yang mengamalkan stigma terhadap golongan ini. Sebagai contoh,diskriminasi yang berlaku dalam kalangan OKU untuk mendapatkan pekerjaan akibat sikap masyarakat yang menganggap golongan OKU tidak berupaya untuk menjalankan pekerjaan (Bardan, 2002; Neufeldt, 1998; Oliver, 1990; Unger, 2002) dan ketidakprihatinan komuniti perniagaan berkaitan tahap pencapaian OKU, ketidakhadiran, kadar perolehan serta kos penginapan yang tinggi. Selain itu, terdapat juga sokongan empirikel yang cukup untuk membuat spekulasi bahawa pekerja OKU mengalami nasib yang sama seperti golongan-golongan terpinggir lain di dalam sesebuah bandar. Sebagai contoh, terdapat laporan yang menyatakan bahawa golongan OKU sebahagian besarnya hanya bekerja secara separuh masa sahaja, pekerjaan berstatus rendah serta peluang kemajuan yang sangat rendah (Braddock & Bachelder, 1994; Havement, Halberstadt & Burkhauser, 1984).Hasil penyelidikan di luar negara sering kali mendedahkan percanggahan besar dalam jumlah penyertaan tenaga buruh antara penduduk kurang upaya dengan penyertaan tenaga buruh penduduk bukan kurang upaya. Kebanyakan penyertaan yang rendah dalam bidang kerjaya sering kali menjadi tajuk perbincangan dalam penulisan ilmiah (Jameson, 2005). Secara spesifik penyelidikan-penyelidikan tersebut memiliki bukti yang kukuh bahawa sekurang-kurangnya jumlah orang kurang upaya yang tidak bekerja adalah dua kali ganda jumlah orang normal yang tidak bekerja (Bagshaw, 2006; Disability Homepage, 2007; Neufeldt & Albright, 1998; Perry, 2002). Kajian juga menunjukkan bahawa kadar pengangguran bagi penduduk bukan kurang upaya di negara-negara perindustrian adalah sebanyak 10% berbanding 40% dan 60% bagi OKU. Selain itu, didapati bahawa sebanyak 200 juta orang kurang upaya di Asia dan Pasifik tidak mempunyai akses kepada pekerjaan (International Lbor Organization [ILO], 2003).
Melihat hasil kajian berkaitan golongan OKU, data yang ditunjukkan seolah-olah tidak mencadangkan golongan ini untuk bekerja. Sekiranya mereka mempunyai kerjaya sekalipun, mereka tidak akan memperoleh manfaat yang sama seperti orang normal yang lain. Keadaan ini seolah-olah menunjukkn bahawa golongan kurang upaya mempunyai tahap pendidikan yang rendah, kerjaya pada tahap rendah dan sekaligus hanya layak mendapat pendapatan yang rendah. Situasi ini memaparkan diskriminasi kerjaya bagi golongan OKU. Berdasarkan tanggapan ini, dapat dinyatakan bahawa diskriminasi golongan kurang upaya terbahagi kepada dua iaitu dari segi akses dan layanan. Diskriminasi yang dilakukan oleh golongan majikan dan rakan sekerja ini mungkin berpunca daripada kurang kefahaman dan pengetahuan berkaitan golongan OKU. Menurut Greenhouse, Parasuraman & Wormley, 1990; Jameson, 2005 menyatakan diskriminasi akses berlaku apabila terdapat sesetengah ahli kumpulan kecil yang dihalang untuk menyertai sesuatu pekerjaan atau organisasi. Diskriminasi rawatan pula berlaku apabila golongan minority ini mendapat ganjaran dan peluang yang rendah berbanding perkara yang sepatutnya mereka terima secara sah berdasarkan kriteria pekerjaan yang diceburi (Greenhouse, 1990; Jameson, 2005). Diskriminasi dari segi layanan terhadap golongan OKU ini, mereka kana mendapat pengalaman yang buruk dalam sesebuah organisasi dan menyebabkan hasil kerja yang tidak memuaskan. Apabila golongan ini menghasilkan kerja yang kurang baik, hal ini mungkin akan menjejaskan peluang-peluang mereka pada masa hadapan dalam beberapa perkara seperti kenaikan gaji, peluang mendapat latihan yang lebih baik, penilaian kesesuaian pekerjaan dan kemungkinan akan diberhentikan kerja.
Menurut Neufeldt dan Albright’s (1998) menyatakan bahawa diskriminasi yang lebih spesifik kepada golongan OKU terbahagi kepada tiga. Diskriminasi pertama adalah diskriminasi secara terus iaitu seseorang itu dilayan kurang penting berbanding orang disebabkan kecacatan yang dialami oleh mereka. Diskriminasi kedua ialah diskriminasi secara tidak terus. Diskriminasi ini berlaku apabila syarat dan keadaan sesuatu pekerjaan, kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan tidak memenuhi keperluan OKU. Sebagai contoh, kemudahan yang disediakan di tempat-tempat kerja yang tidak mesra OKU. Ketiadaan kemudahan untuk golongan OKU akan merencatkan dan membataskan pergerakan mereka. Hal ini kerana, mereka memerlukan keperluan yang lain dari golongan normal seperti tandas OKU, penyediaan tangga yang sempurna, penyediaan tempat letak kereta khas untuk OKU dan penyediaan tempat perhentian pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Menurut Sharifa, N. & Murugapiria, S (2000) dalam prosiding bertajuk “Perancangan bandar selamat bagi golongan istimewa peranan jururancang” mengatakan konsep ‘Persekitaran Tanpa Halangan’ merupakan konsep yang diperkenalkan oleh jururancang bandar di negara maju dalam menyediakan persekitaran yang selesa dan selamat bagi golongan istimewa. Tiga perkara utama yang perlu ada dalam persekitaran tersebut ialah kefungsian tanpa halangan, keselamatan dan keselesaan pada ruang yang disediakan. Sekiranya penyediaan kemudahan bagi golongan OKU di tempat kerja adalah mengikut konsep ini, maka diskriminasi secara tidak terus tidak akan berlaku. Kemudian, diskriminasi ketiga ialah diskriminasi tidak sama rata bagi golongan OKU. Melalui diskriminasi ini, masyarakat gagal untuk mengambil langkah yang munasabah untuk menghapuskan halangan diskriminasi sosial yang mengakibatkan halangan golongan OKU untuk menyertai sesuatu penyertaan (Bynoe. L, 1991; Neufeldt, 1998). Sekali lagi, diskriminasi ini mengakibatkan pekerja golongan OKU menghasilkan kerja yang kurang memberangsangkan. 
Selain diskriminasi dari segi kerjaya, diskriminasi bagi OKU juga sering kali berlaku dalam kalangan masyarakat kita.kebanyakan masyarakat mempunyai layanan dan sikap yang berbeza terhadap ketidakupayaan yang dialami oleh OKU  (Rothman, 2003). Sebagai contoh, golongan OKU yang mengalami kerencatan akal sering kali didiskriminasikan dalam kalangan masyarakat. Namun begitu terdapat juga kelompok masyarakat yang menganggap mereka sebagai golongan yang mempunyai status khas dan kebolehan serta dihormati oleh masyarakat lain.

Penutup
Sebagai kesimpulan, kita dapat lihat bahawa tidak kira dimana sahaja golongan OKU itu berada sama ada di negara maju, membangun atau kurang membangun, mereka mengalami masalah dan halangan yang sama untuk meneruskan kehidupan dengan mencari peluang pekerjaan akibat diskriminasi yang dicipta oleh masyarakat sekeliling. Walaupun pada hari ini kita sudah berada di ambang wawasan 2020, namun masih banyak lagi kelompongan dari segi usaha untuk meningkatkan kualiti hidup golongan OKU perlu ditingkatkan. Tidak semua golongan OKU bernasib baik mendapat peluang pekerjaan yang stabil di negara ini. Oleh hal yang demikian, satu usaha yang drastik perlu dilaksanakan untuk memastikan golongan ini tidak terpinggir daripada mendapat hak bekerja yang sepatutnya. Bukan itu sahaja, masyarakat juga perlu mengikis sikap prejudis terhadap golongan OKU. Sesungguhnya golongan ini memerlukan semangat dan sokongan daripada semua pihak untuk meneruskan kehidupan mereka dalam keadaan tidak sempurna seperti insan-insan yang lain. Oleh itu, janganlah dipatahkan semangat mereka untuk menapak dalam kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini.



BAHAN RUJUKAN

Buku

1.    Denison Jayasooria. (1989). Justice not Charity, Kuala Lumpur
2.    Magdalene Ang. (2012). Work and Disability A Malaysian Scenario. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
3.    Yellin, S. & Bertsch, CC. (2010). Life after high school. Jessica Kingley Publisher London And Philadelphia
4.    Barton, L. (2006). Overcoming Disabling Barriers. Rutledg Taylor and Francis Group London and New York
Rujukan
1.    Bagshaw, M. (2006). Disability in the Workplace : the good news and the bad news.
      2.  Bardan, S. (2002). Employment Opportunities for PWD in Malaysian Private Sector.
            1st National Conference on PWD's Economy. Kuala Lumpur.
      3.  Bynoe. L, O. M. (1991). Equal rights for disable people: The case for a new law. The
            Institute for Public Policy Research, Social Policy Paper No.7, Welfare Series.
       4. Greenhouse, J. P. (1990). Effect of race on organizational experiences, job
             performance evaluations, and career outcomes. Academy of Management Journal ,
             33:64-86.
       5. International Labor Organization (ILO). 1985. Basic principles of vocational
             rehabilitation of the disabled (3rd eg.) Geneva, Switzerland.
       6.  Jameson, A. (2005). Disability and employment: Review of Literature and Research;
             Equal Employment Opportunities Trust.
Aucland, New Zealand.
       7.  Neufeldt, A. &. (1998). Disability and Self-Directed Employment. Ontario: Captus
             Press.
       8.   Oliver, M. (1990). The Politics of Disabled. London: Macmillan.
       9. Rothman, J. (2003). Social work practice across disability. Boston: Pearson
            Education.
       10.Soo, E. (2014, August 12). Blind Spot for the Disabled. The Star , p. 13.
       11.Unger, D. (2002). Helping Individuals with Disabilities in Employment Through
            Workplace Support.
Retrieved May 6, 2003 from
            http://www.lighthouse.org/envision/fall2002/workplace.htm/.

Jurnal
1.    Hazlin Falina Rosli, Safura Ahmad Sabri, Norazia Abdul Wahab & Nurzkira Afnee Zakaria. (2015). Kesedaran Golongan Majikan Terhadap Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia: Melalui Perspektif Media. Proceeding of the 2nd International Conference on Management and Muamalah 2015, 192-199
Tesis
1.    Susan binti Edwin (2012). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kurangnya Pengambilan Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) Bekerja di Sektor Swasta. Ijazah Sarjana Muda Thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
Artikel dari Internet
1.    Shalini A/P Sanmargaraja & Seow Ta Wee (2002) Kajian Pneyediaan Fasiliti Orang Kurang Upaya (OKU) Di Institusi Kerajaan di Nusanjaya, Johor Bahru.
Retrieved April 3, 2016 from
http://eprints.uthm.edu.my/2027/1/Seow_Ta_Wee_FPTPK_(PKGAS).pdf
2.    Admin (2012). Memorandum OKU 2012.
Retrieved April 3, 2016 from
https://beritaoku.wordpress.com/2012/02/20/memorandum-oku-2012/.
3.    Anne Muhammad (2015). Bajet 2016: OKU Harap EPC dan Bantuan Am dinaikkan.
Retrieved April 3, 2016 from https://www.malaysiakini.com/news/312334.

4.    Kelly S. (2013) Karnival Kerjaya Orang Kurang Upaya
5.    Karnival Pekerjaan ‘Return to Work 215 Bantu OKU Kembali Bekerja. Borneo Post Online.

Rujukan Dokumen dari Internet
1.    Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (2014) Laporan – Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat 2014.