BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 1.0 Layouts »

Thursday, 17 April 2014

Kawan over attach ?? Pening ! Pening ! macam mana nak buat ?


 friend



Ha , kalini nuri yang gorjes ingin berkongsi satu tips yang mungkin diperlukan dalam hubungan persahabatan !


Overly attached. Satu sifat di mana seseorang rasa terlalu bergantung kepada seseorang yang lain sehingga menimbulkan rasa posesif. Perkara nie memang biasa berlaku dalam perhubungan, lebih-lebih lagi pada couple yang rasa dirinya tak boleh hidup tanpa kekasihnya itu.
      
Situasi nie akan berbeza jika ia berlaku sesama sahabat, kerana sahabat dan kekasih tidak sama alamnya.

Mutual benefit
      
Antara sebab you all bersahabat adalah kerana selesa bersama, berkongsi suka dan duka, dan sebagai teman pembantu pada kala perlu  ingat dikala perlu ! bukan 24 jam ingin berkepit dengan kawan ! . Tapi dalam setiap persahabatan, mutual benefit perlu wujud. Maknanya, masing-masing perlu memberikan manfaat kepada satu sama lain.
      
Tapi bagaimana pula kalau hanya sebelah pihak sahaja yang sering meminta, dan sebelah pihak lagi terlalu banyak memberi? Itu ternyata satu perhubungan yang tidak sihat malah mungkin mengundang bahana jika lambat bertindak.
      
Kenapa? Ini adalah kerana hubungan antara gurlz lebih bersifat eksklusif dan berdasarkan perkongsian cerita, rahsia serta minat. Sebab itulah kadangkala hubungan boleh berubah menjadi ketergantungan. Berbeza dengan boyz, they all lebih suka grouping. Sebab tu biasanya they all akan bersuka, menonton wayang atau hang out beramai-ramai.


Apa yang membezakan antara sahabat normal dan overly attached (terlalu bergantung)?

Normal
 
·      Membayar duit parking atau tol sewaktu menumpang kereta sahabat.
·      Meminjam duit sahabat kerana terlalu minat dengan sesuatu baju atau gajet terkini dan membayarnya kembali tepat pada waktu.
·      Menjadi pendengar yang baik dan memberikan pendapat sewajarnya sewaktu sahabat meluahkan perasaannya.
·      Sewaktu keluar shopping, sahabat hanya memberi pendapat sahaja, you all-lah yang akan membuat keputusan untuk membeli.

Overly attached
 
*    Meminta sahabat menghantar ke tempat yang bukan laluan teman dan mencebik muka jika permintaannya tidak dipenuhi.
*     Meminta sahabat membayar baki duit yang tidak cukup untuk membeli sesuatu barang tanpa ada niat untuk menggantikannya.
*     Memangkah kisah duka sahabat sebaliknya membebankannya dengan masalah terbaru you all dan minta pendapat.
*    Membeli sesuatu baju atau gajet berdasarkan pilihan sahabat.
*    Melakukan sesuatu atas pilihan sahabat .
*    Berasa terlalu tertekan tatkala sahabat tiada untuk mendengar masalah walaupun hanya perkara kecil yang mampu diselesaikan sendiri
*     Tidak dapat menerima sekiranya sahabat tiada disisinya untuk satu jangka masa
 

Sebab dan akibat
      
Ada beberapa sebab mengapa seseorang jadi terlalu bergantung:

                -        Kurang keyakinan
Maka, dia menjadikan sahabatnya sebagai tempat untuk memperoleh status dan penerimaan.
 
-       Kurang kasih sayang
Bila sudah selesa dan nyaman dengan sahabatnya, terus sahaja dia bergantung segala-galanya hinggalah ke hal-hal remeh.
 
-      Kurang didikan
Mungkin sejak dari kecil keluarganya tidak memberi peluang kepadanya untuk membuat pilihan, keputusan atau menyuarakan pendapat. Maka sahabat menjadi tempatnya untuk meluahkan perasaan duka dan bergantung harap.

Cegah sebelum terlambat!
      
Untuk mengelakkan diri daripada tergolong di kalangan parasit, pastikan you all mampu hidup berdikari. Segala keputusan juga perlu daripada diri sendiri, bukan orang lain. Janganlah terlalu bergantung pada sahabat walaupun dalam masalah yang remeh temeh ! kadang kala sahabat juga memerlukan masa untuk bersendirian dan kelaur dari kelompok sosialnya .
      
Salah satu cara mudah untuk mengelak perkara begini daripada berlaku adalah dengan meluaskan pergaulan dari segenap ruang lingkup. Dengan itu, you all tak perlu risau kalau sahabat keluar dating dengan boyfriendnya kerana you all punya ramai lagi teman untuk berhibur.

Berterus-terang
      
Jika you all punya sahabat seperti nie dan sudah cukup rimas dengan sikapnya, eloklah bertindak sekarang dengan menerangkan apa yang terbuku di lubuk hati. Kebanyakan mereka tidak menyedari situasi tersebut sangat mengganggu, maka you all-lah yang harus menyedarkannya.
 


^^ dipetik dari majalah yesz ! untuk tatapan semua pembaca :)

3 comments:

Unknown said...

pehh pakar persahabatan bhai

Unknown said...

hikhok..hikhok
mcm mana nak jadi member kau..
where is your follow button

Norsiah Sukarmat said...

hai Nuri follow me : ) hikhik
http://lebombom.blogspot.com/