BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 1.0 Layouts »

Tuesday, 15 April 2014

 MR . MINE !



“ Ju ! kau rasa bila kelas kimia ni nak habis ?? dah naik berasid otak aku ni!” Rungut  Najeeha yang dari tadi sibuk bermain dengan zip bekas penselnya . Barangkali dia sudah tidak betah mendengar penjelasan dari cikgu Joe yang berjela-jela . Lagi pun , kimia bukan lah subjek yang menjadi pilihannya . Maklumlah  , siapa yang tak naik pening dengan pelbagai jenis formula dan persamaan kimia yang rumit lagi hangit? Lagipun Najeeha bukannya seorang yang obsess dengan perkara yang melibatkan sains , lagi-lagilah subjek kimia !  baginya  subjek  kimia tak ubah seperti  cecair berasid yang sangat tinggi daya hakisannya . Sebab itulah Najeeha cepat lupa dengan apa yang Cikgu Joe terangkan !
“Lah.. bukan dari tadi kau yang beria-ia nak sangat tengok muka cikgu Joe ? sekarang kau tenung la dia puas-puas !”  Sindir Julia  yang dari tadi khusyuk mencatat nota yang cikgu Joe berikan . “ Julia mencebik. Geram dengan sindiran teman baiknya  yang diibaratkan seperti memulangkan paku buah keras . Tapi , ada benarnya kata-kata Julia  . Padahal , dirinya sendiri yang tidak senang duduk waktu  perhimpunan tadi . Semuanya gara-gara  tidak sabar untuk masuk ke kelas Cikgu Joe .
“Heish kau ni.. dah memang aku tak berkedip pandang muka cikgu Joe dari tadi . kalau lah cikgu Joe jadi kekasih aku, indahnya dunia.. pasti aku akan jadi wanita yang paling bertuah antara  tujuh benua!” Najeeha mula memasang angan-angan yang jauh lebih tinggi dari menara KLCC serta lebih panjang dari tembok besar China. Tumpuannya hanya pada wajah kacak Cikgu Joe yang berusia dalam lingkungan awal 30-an.
“Jee.. aku rasa kau ni boleh menang anugerah  pelajar paling kuat berangan !” Sindir Julia  . Tangannya masih rancak mencatat nota-nota penting  . Tidak sesaat pun Julia  terlepas fakta- fakta  yang Cikgu Joe berikan . Mungkin , bagi Najeeha  subjek ini agak sukar untuk difahami . Namun , Julia pula memang seorang yang  genius dalam bab-bab sains. Senang sahaja dia menyelesaikan persamaan kimia yang Cikgu Joe berikan .Sedangkan Najeeha pula  asyik ketinggalan jauh ke belakang dalam subjek ini .
“Cubalah kau bagi tumpuan sikit , dah naik belebam mulut Cikgu Joe bagi penerangan dekat depan tu..!”  Julia  mula berleter dengan kandungan perkataan  yang  agak hiperbola .
Najeeha  memandang ke arah Julia  dengan pandangan pelik .
“Kenapa kau pandang aku macam tu ?” Soal  Najeeha  ingin tahu .
“Setahu aku , orang kena penumbuk je yang belebam sampai biru !” Najeeha  membuang pandangan pelik ke arah Julia.
“Eishh ! kau ni.. makin hari makin bertambah blur pulak !” Marah Julia dengan gurauan Najeeha  yang tak bertempat. Tumpuannya agak terganggu dengan celoteh teman baiknya sendiri.   Najeeha  makin tidak betah . Kalau boleh , mahu saja dia melompat-lompat dalam makmal itu bagi menghilangkan kebosanan yang sudah berada pada tahap gila gaban .Dia memandang jam dinding . Jam menunjukkan pukul  11.45 pagi ,lagi setengah jam kelas kimia bersama cikgu Joe akan selesai .  Najeeha  menoleh ke belakang. Memandang  Syafiq yang kerap kali tersengguk akibat menahan kantuk yang terlampau .
“ hishh mamat ni, sudahlah gemuk ,  tidur dalam kelas lagi ! teruk betul !” seloroh Najeeha  sendiri .Agak lama dia merenung Syafiq yang lena di meja belakang makmal itu .
“ Lina !” Tiba-tiba namanya dipanggil. Terkejut beruk Najeeha  dengan sergahan suara yang berfrekuensi agak tinggi  itu .Dia segera menoleh ke hadapan, memandang cikgu Joe yang  sudah sedia berdiri terpacak di hadapannya . Sekali pandang , kelakuan Cikgu Joe itu persis seorang pejuang  taliban yang sedang berhadapan dengan musuh .Dua kali pandang , memang menggerunkan ! Tiga kali pandang , rasa mahu cubit-cubit sahaja pipi Cikgu Joe !

-Nak tahu sambungan nya ? jgn lupa catch up my next entry okay ! hihi -

0 comments: