Assalamualaikum kawan kawan ! Harini aku nak share sikit pasal kosmetik gigi . HAHA dah macam dokter gigi pulak kan aku nie ? Sebenanye dulu cita cita aku memang nak jadi doktor gigi , tapi almaklumlah subjek sains aku pun semua credit je..so , terbengkalai la cita cita aku tu . hihi . So sekarang ni aku dah tukar cita cita nak jadi angkasawan pensyarah bahasa . Huii tinggi bebeno cecite aku.. Biasela aku ni kan suka berangan ^^ wek ! haha Tambahan pulak , aku buat entry ni.sebab nak share pasal pengalaman aku 3 tahun lepas masa buat rawatan kosmetik gigi .
Alkisah masa baru je masuk f4..aku kemalangan jalan raye ( sebenaye jatoh moto je ) kahkahkah..mase tu pepagi buta nak pegi sekolah.. aku demam masa tu..tah macam mana la tetiba aku tak sedar apa apa and dah dekat atas katil klinik..Masa tu aku sedar muka aku sakit sangat, bnyak darah keluar tesembur dekat mulut..meleleh leleh dekat baju sekolah aku..
| Gambaran kemalangan yang aku alami . |
So, aku pun dihantar ke hospital menaiki
Bila dah sampai hospital, aku pun masuklah wad kecemasan .. terus kena jahit dekat kepala , mulut dengan tangan . Lepastu di bawak jumpa
lepas rawatan demi rawatan..doktor bagi tau gigi aku ni dah mati . what ? gigi pun boleh mati ke ? gigi mati 5 batang . tapi yang 2 lagi tu nyawa nyawa ikan . Hahaha * dalam bahasa aku la * So, aku pun diberi rwatan..mula mula masa dekat hospital sungai buluh , aku dibagi rawatn untuk gigi mati.. tiap bulan kena datang..kalau tak datang nanti gigi aku jadi hitam..masa aku nak excident tu actually aku dalam senarai untuk buat braces sebab gigi aku tak teratur .. so , lepas excident punah la harapan aku..sebab gigi pun dah rosak..
| Konon nya dulu aku nak pakai braces macam ni lah ! comel kan ? |
Doktor cakap , ada 2 cara nak teruskan rawatn tu..satu buat crown satu lagi pakai braces juga..tapi dalam kedaan gigi aku dah banyak cedera , risiko tinggi sangat nak buat braces . Boleh jadi nanti gigi bertambah rosak .
So , aku pun dihantar buat rawatan dengan doktor pakar dekat kepong.. Dekat sini aku buat rawatan crown.. Mesti korang tertanye tanye kan rawatan crown tu apa ? ha.. mcm ni.. kan gigi aku dah 5 batang rosak, pastu 2 btng lagi tu kire okay sikit , masih berhubung dengan salur darah . yang 3 batang ni pulak dah rosak..dah mati innalillah..so , kalau dibiarkan warnanya akan jadi hitam ( kotor) .. dengan rawatan crown , Doktor tu kecilkan gigi asal aku .memang jadi mcm akar je , sebagai tiang . sebelum doktor kecilkan gigi aku tu , dia ambik acuan gigi asal alu dulu . lepas gigi acuan ni dah siap * macam gigi palsu la , tapi dia sarung * gigi ni akan disarungkan dekat gigi asal aku yg dah rosak tu.. kan tadi aku ada bagi tau yang gigi asal aku tak rata kan ? lepas buat rawatan crown ni.. gigi aku jadi rata and teratur macam yang aku nak.. * Tekan NuRi Love Zac Efron * kalau nak tau lebih lanjut pasal rawatn crown dan Rawatan Braces .
| Ni la proses crowning yang aku lalui tu , Yang warna kelabu tu gigi yang dah mati , kemudian dikecilkan dan disarung dengan gigi porselin . |
| Macam ni la acuan gigi yang aku maksudkan . |
Tapi..aku masih sedih jugak..sebab gigi aku kan dah cedera , so gusi aku lama lama makin rosak..jadi warna kehitaman.. permanent damage.. kawan kawan aku selalu tegur kenapa gusi aku hitam and gigi aku kuning.. hmm nak buat macam mana, dah cedera kan?
so , plan aku seterusnya . aku nak buat rawatan pemutihan gigi..Meh aku terangkan rawatn pemutihan gigi pulak..rawatan ni ada dua jenis, satu buat dekat rumah , satu lagi rawatn selama satu jam dengan doktor . kos dia agak mahal .. biaselah kos untuk kosmetik kan ? kalau nak cantik memang lah kena telan belanje besar sikt . macam aku buat crown ni, dekat klinik gomen..untuk 3 batang je habis 5 ratus lebih..itu pun akau ambik yang cikai punye..ada satu lagi jenis crown yang mahal , tapi parents aku tak mampu lagi nak support . hihi.. nak tau lebih lanjut pasal pemutihan gigi klik sini Nuri Comel sangat .
| testimoni sebelum dan selepas rawatan pemutihan gigi . Berdasarkan kajian , 90% rawatan ni berjaya . Yang 10% lagi tu tak tau la apa dah jadi . Meninggal agaknye . |
| Tengok , cantikkan pompuan ni..HAHA bile lah aku nak cantik cenggini der..tengok gigi die..alolo comei~ |
Ha.. Okaylahh.hari pun dah lewat malam.. sebelum tido sila gosok gigi ye kawan kawan . Takut nanti kang ada yang mimpi hantu gigi ! Selamat tido !
Yang
Nuri H .L
2 comments:
oh tak sangka ada jenis crown bagai ye
ingat braces je
nampak sangat momoy nih macam duduk dalam gua
thx dear up entri nih
byk info yg momoy dapat
hee actually bnyk jenis rawatan gigi ni ^^ hihi your welcome :)
Post a Comment